Saturday, June 7, 2008

KHAS TUK MU SQUALL


squall...ptame ckali..aku nk ucpkn thnkz kt ko..ko mmg baek..clalu

tlg ak....n ak x kn lupekn yg kt cblah nie..hehe..thnkz yer..ko clalu teman ak ble ak cday..dh cm abg ak..huhu..ko mmg atuk yg terbest..thnkz utk smuenyer ye...

sorry gak aku suke pkse ko nynyi kt ak n ak suke blasah ko..hehe..best blasah ko..thnkz ye wat ape yg aku suro...ko mmg the best atuk..huhuhu...

beb...tq yer..ak x thu nk ckp cm ne tp ko mmg baek..mmle dlu aku igt ko nih cmbong plus grang..tp ble dh knl ko bru ak thu siape squall yg sbnrnyer..hehe...thnkz ye coz wat ak snyum..tq sgt2..ak btuah ade kwn cm ko..ak btuah knl ko..thnkz ye sudi jd kwn ak..smoge ko jmpe your true love..ak doakn...amin...

HAMPEHNYER AKU NIE...

hmm...ak slalu kate kt squall die kne tabah n kuat...tp ak sbnrnye yg lmh...lmh sgt..ak x thu npe..tp kdgkale ak rase love is cursed...

mmg skit ble org yg kite syg sgt2 dlm hdup kite..x sygkn kite lngsung...mmg menyedihkn...menagih syg dri org yg x pnh sygkn kite..

hidup bnyk dugaan...pahit dn kadang kala manis...tp knape kite sering terjatuh n dsaat kite nk bngun..kite terjatuh lg...knpe x prnh ade yg mgerti...ssh ke cme nk rase ksih syg??ak thu..mayb aku dh kchewakn squall..ak kasi die bnyk 'cramah' bab pth haty...tp sbnrnyer aku yg tluke..n ak sndri x mmpu nk bngun....ak lemah sgt..ak x kuat..

hdup ak pnuh ngan pure2..heppy..tp dlm nih...aku derite..x sngup ak nk lalui lg..ble kite syg kn sseorg..kite puje die..die lah sgale2nyer buat kite..indah sgt...tp kmdian kite thu..die sbnrnyer x pnh sygkn kite..cume cnte plstik..kcewanyer.....tp ape yg dpt ak buat...smuenyer tkdir..mngkin aku x layak tuk dpt ape yg dmnekn 'kasih syg'......

Friday, June 6, 2008

PERLUKAH KASIH BERAKHIR BEGINI?

Ya ALLAH Sekiranya aku bisa bersamanya Sekiranya aku ada di dalam hatinya Aku akan melupakan semuanya Kemarahanku dan kebencianku pada mereka Aku rela meninggalkan semuanya PadaMU aku berdoa Moga segala yang aku alami akan lari meninggalkan diriku Dan aku akan bernafas dengan tenang...

Rimasnya aku kalau macam ni selalu. Aku boring laa. Tak ada kerja ke budak tu? Asyik nak ganggu orang je. Ingat dia tu handsome sangat ke? Eeee…naik muak aku tengok muka dia tu hari-hari. Dah tak ada jejaka lain ke kat pejabat ni? Fuhh..penat laa aku layan perangai kebudak-budakan dia tu. " Booohh!!" " Ooo..mak nenek.." Amar menahan ketawanya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Dania. Dia pun tersenyum sehinggakan menampakkan kedua lesung pipitnya. "Apa ni!! Aku bagi kang! ," ujar Dania separuh menjerit. " Syyhh…ni office laa..tak boleh jerit. Nanti..kalau pak guard datang tangkap kau…baru kau tahu," tersenyum lagi. Dania mendengus perlahan sambil membelek-belek fail yang ada di atas mejanya. "Kau nak apa?" " Aku? Heheh..aku nak kau." " Haa??!!" " Syyhh…" sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Kemudian tersenyum lagi. " Aku nak tanya kau satu soalan boleh tak?" Sambil menulis sesuatu di atas kertas nota..Dania berkata; " Emm..tanya laa. Satu je tau. Tak boleh lebih-lebih. Aku sibuk ni." " Kenapa kau suka menjerit?" " Haa??!!" " Haa..tengok tu..menjerit lagi. Memang hobi kau menjerit ye?" ketawa kecil. " Kau jangan Amar.." " Hehehe..kenapa? Kau nak buat apa kat aku?" " Huh.." Dania mendengus perlahan sekali lagi. Memang dah tak ada kerja lain mamat ni. Asyik nak ganggu orang je. Geramnya aku. Tak apa..sabar.. sabar..sabar Dania.. " Kenapa diam?" " Tak ada apa-apa. Aku pula nak tanya kau satu soalan." " Tanyalah. Berbilion soalan pun boleh..Demi tuan puteri Dania..aku sudi dihujani dengan pelbagai soalan sekalipun." " Ye laa tu. Emm…kau ni dah tak ada kerja ke? Lepak je..ganggu orang. Itu je yang kau buat." " Kenapa? Kau jealous ye? Dania jealous..yeah. .yeah.. Dania jealous.." " Jealous apa pula? Dah laa..malas aku nak layan kau..aku banyak kerja ni." " Alaa..jangan laa marah.." " Eleh..tak kuasa aku nak marah kau. Buang tenaga aku je." Kring..kring. . Secepat kilat Dania menjawab panggilan tersebut. Amar hanya memerhati sambil tersenyum. Sungguh ayu wajahnya. Sejuk hati aku memandang wajah si Dania ni. Walaupun dia selalu marah aku..aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia seorang gadis Melayu yang lembut hatinya. Ah..sungguh bertuah jejaka yang dapat memilikinya.
---Huhh..letihnya aku hari ni. Kerja banyak betul. Tapi, sempat juga usik si Dania tu. Amar tersenyum sendirian. Dia berasa senang hati bila berdamping dengan Dania. Walaupun kehadirannya kurang disenangi oleh Dania, tetapi, dia tetap menghampiri Dania. Sikap Dania yang dingin terhadapnya, mengobarkan lagi hatinya untuk mengenali Dania, pekerja baru di Syarikat Mustafa Sdn Bhd. Kini, sudah tujuh bulan Dania menjadi teman sepejabatnya. Usikannya setiap hari sudah menjadi rutin harian bagi Dania. . Emm.. Aku nak call dia sekejap lagi laa.. Apa yang tengah dia buat sekarang ye? Dia tengah fikirkan tentang aku kot. Mungkin ya. Mungkin tidak. Aku harap ya. Eh..mana orang ni? Pintu rumahnya dibuka perlahan. Sepi. Gelap. Amar menekan suis lampu. Langsung, rumahnya diterangi cahaya lampu neon. Setelah menutup kembali pintu tersebut, Amar pun merebahkan tubuhnya yang kepenatan. Kemudian, bangkit semula dan berjalan ke arah suis kipas angin. Setelah menekan suis tersebut, dia pun berlalu dan merebahkan semula tubuhnya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya. Amar pun memejamkan matanya. Berfikir. Berfikir. Dan berfikir. Ke mana agaknya semua orang di dalam rumah ni? Tak bagitau pun. Dah laa aku ni tengah kelaparan. Entah ada makanan ke tak…Amar mengeluh sendirian.Amar pun melangkah longlai menuju ke dapur. Kemudian membuka tudung saji di atas meja. Kosong. Dibukanya pula peti sejuk. Kosong. Tudung periuk di atas dapur gas pun dibukanya juga. Aik? Satu pun tak ada? Waduh..waduh… lapar bangat ni. Huh..nampaknya, makan di kedai mamak lagi laa aku malam ni. Hari-hari macam ni. Amar menggeleng. Mendengus resah. Terasa dirinya tidak diperlukan di rumah tersebut..yang dianggapnya sebagai syurga di dunia. Namun, tiada seorang pun penghuni rumah tersebut memahami dirinya…kecuali, Fatin. Amar seorang anak lelaki, hasil perkahwinan Tuan Haji Mustafa dengan Puan Sakinah. Puan Sakinah kembali menghadap Pencipta nya..sewaktu Amar berumur dua belas tahun. Tidak lama kemudian, Tuan Haji Mustafa pun berkahwin dengan janda yang mempunyai dua orang anak iaitu, Puan Nurul. Selama dua tahun berkongsi hidup, Tuan Haji Mustafa dan Puan Nurul, dikurniakan seorang anak perempuan comel yang dinamakan, Fatin Najiha. Rumah banglo yang dibina oleh Tuan Haji Mustafa di pinggir bandar semenjak setahun sebelum kelahiran Amar, kini, didiami oleh lapan orang penghuni. Tuan Haji Mustafa sendiri, Puan Nurul, Firdaus, abang tiri Amar yang kini bekerja sebagai penolong pengarah bahagian pemasaran di Syarikat Mustafa Sdn Bhd. Seorang lagi adik-beradik tiri Amar, iaitu Hanim, baru sahaja menghabiskan pengajiannya di universiti tempatan. Dan yang bongsu, Fatin Najiha, bersekolah di dalam darjah 5. Turut tinggal bersama keluarga Tuan Haji Mustafa, ialah Mak Siti selaku tukang masak dan suaminya, Pak Din, tukang kebun di rumah tersebut. Mak Siti pun tak tinggalkan aku makanan, walau sedikitpun. Huh..ni, mesti mama.. Ish..tak baik Amar..kau tuduh mama yang bukan-bukan. Tak apa laa.. tak ada makanan pun tak apa. Kasih-sayang lebih aku perlukan dari mereka dari makanan. Ahhh….boleh jadi gila aku macam ni. Aku bagaikan orang asing dalam rumah aku sendiri!! Sungguh, aku tak tahan lagi!!!
-- Tit..tit.. Eh..sms laa..haa..ni mesti mamat tu lagi..Boringnya! !!!"Assalamualaikum Cik Dania. Dah solat? Dah dinner? Ish..blm mandi ke ni? Patutlaa busyuk semacam!!!" , isi sms yang dihantar oleh Amar kepada Dania. Ah..malas aku nak balas..Bazirkan kredit aku je. Dania menyambung semula pembacaannya. Kemudian, kedengaran telefon bimbitnya sekali lagi. " Waahh..sombongnya Cik Dania kita ni. Xapa..saya faham. Xada kredit laa tu. :p" " Ish..menyampahnya aku…Eleh..biar je laa dia cakap sorang..Bukan aku yang rugi. Emm…Amar..Amarul Haji Mustafa. Orangnya memang menarik, tapi, menyakitkan hati. Rupanya, emm..macam mana aku nak describe ye? Emm.. haa.. macam.. macam.. Sinchan..hehehe… Apa laa aku ni..nak kutuk orang je.. Amar ok apa.. rupa dia tu..macam.. lelaki Melayu terakhir…," sambil tersenyum sendirian. Dania kemudian, meletakkan buku novel yang dibacanya sebentar tadi ke dalam almari bukunya. Tersenyum lagi. Bila teringatkan Amar..dia geram, sakit hati. Tetapi, di dalam semua perasaan geram dan sakit hati itu, terselit satu perasaan iaitu, rasa geli hati. Geli hati melihat perangai Amar yang kebudak-budakan. Yang tidak mengenal erti penat dalam melayani sikap dinginnya. Ahh.. Amar…mamat yang tak jemu melayan karenah aku yang selalu naik angin ni..Nina kemudian, tersenyum lagi. Tit..tit.. Amar..emm… apa pula yang dia cakap kali ni ye.." Aku ingin mengenali dirimu..Namun, aku malu-malu kucing. Aku ingin dekat denganmu..namun, kakiku tak terlangkah…Aku ingin selalu disampingmu…Biarlah aku di sisimu selamanya…Usahlah ragu gadisku.." Hanya senyuman yang mampu terukir di bibir gadis berkulit kuning langsat, bermata bundar itu. " Entah apa-apa laa mamat ni malam ni. Dah nak jadi mamat jiwang ke? Wooo…cair…cair… .aku cair…heheheh. .aku cair? Tolonglah..Dengan mamat tu aku cair? Boleh percaya ke? Tak percaya? Percayalah!! !" Dania mengomel sendirian. " Nia!!" jerit Zaima, satu-satunya kakak Dania. " Eh..apa ni kak..jerit kat telinga Nia.. Sakit laa gegendang teling ni.." " Haa…buat apa tu? Cakap seorang diri pula tu? Akak bagitau kat ibu, baru tahu," seraya mengambil tempat di sisi adiknya di atas katil. " Ish..tak ada apa laa kak. Ni..tengah baca sms mamat yang jiwang tahap maksima ni," sambil menunjukkan sms tersebut kepada Zaima. Lantas, Zaima membacanya lalu terukir senyuman dibibirnya. " Tengok, dia pula yang senyum seorang.." Sambil merenung wajah adiknya, Zaima bertanya; " Siapa ni dik?" " Emm..mamat laa." " Tahu laa mamat. Takkan laa minah pula yang nak bagi sms ni? Eee…minah ye?" " Wooo..minah? Akak ni..Nina perempuan ayu laa… Sesama minah..tak main laa.." Ketawa kecil Zaima bila mendengar adiknya berkata demikian. " Nia..Nia.. Siapa gerangan si dia ni dik? Emm..sejak bila adik akak ni pandai berahsia?" " Alaa..akak ni. Tak ada apa-apa laa kak. Kawan je tu." " Akak tau laa..Takkan dia tu musuh pula? Kawan..Kawan. ..," sambil menghadiahkan senyuman yang penuh makna kepada adiknya, Dania. " Akak ni..ada-ada je. Emm..mak dan ayah dah tidur ke kak?" Dengan malasnya, Zaima membaringkan tubuhnya ke atas katil tersebut. Dirinya berasa terlalu letih hari ini. " Emm..dah tidur."
-- "Lina, awak belikan saya sejambak ros. Red tau. Cepat sikit," perintah Firdaus. "Baik Encik Firdaus. Nak berapa kuntum?," tanya Lina, setiausahanya. "Dua belas dozen. Cepat sikit. Saya nak bunga tu ada kat meja saya sebelum lunch hour. You got it?", lalu melepaskan padangannya ke luar tingkap. "Ok. Baik Encik.,"terus berlalu. Ahh…aku takkan lepaskan kau, gadis cantik.. Mana mungkin aku akan lepaskan gadis secantik dia. Sekeras batu sekalipun, aku akan pastikan dia jatuh ke tangan aku!! Hahaha!!! Kring…kring!! "Hello?," ucap Firdaus. "Encik, ada panggilan untuk Encik. Katanya, dari Nita," ujar Intan. "Sambungkan." Kedengaran suara seorang gadis di dalam telefon.. "Hello sayang…Nita ni." "Haa..Nita. Kau nak apa lagi?" "Fir…mana Fir menghilang? Fir dah lupakan Nita ye?" "Nita..berapa kali I nak cakap kat you ni? Lupakan je I. Kita dah tak ada apa-apa lagi. Don't you get it?!" "Fir!! I tak dapat hidup tanpa you! Don't do this to me Fir..I really need you darling…huh…," kedengaran suaranya terketar-ketar. "Enough Nita!!!," menghempas gagang telefon. "Huhhh..perempuan tak sedar diri!! -- "Dania..ooo.. Dania puteriku,"tersengih. "Apa dia??," tanya Dania. "Alaa..senyumlah sikit. Adooii…awat laju sangat ni? Tak larat ler aku nak jalan cepat camni. Kau ni..nak marathon yek? Hehehe.." Dania semakin pantas menuruni anak tangga. Tiba-tiba, Amar berhenti. Dia terduduk mencangkung sambil mengurut dada. Dia tercungap-cungap. Menarik nafasnya dalam. Dania yang tiba-tiba perasan Amar tiba-tiba senyap di belakangnya, menoleh ke arah Amar. Terkejut. Dania terus meluru ke arah Amar. "Eh…Amar..Apsal ni? Kau tak sihat ke?" "Huh…huhh…aku…ahh… uhukk…uhuhkk… aku..," sambil menahan sakitnya dan cuba bernafas. "Amar…naper ni? Jangan takutkan aku Amar!!" "Ubat..ubat…," tercungap-cungap. "Ubat? Mana? Mana kau letak?" "Poket..seluar… ," Amar hampir pitam. Peluh dingin membasahi dirinya. Dia seperti sudah tidak berdaya. "Alamak…poket seluar?" Adusss….poket seluar? Camner laa aku nak ambil? Huh… Dania pun cuba mengeluarkan ubat dari poket seluar Amar. Perlahan-lahan dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar Amar. Alamak….tak de kat sini laa.. kat poket kanan kot…adooii… Dania pun mengambil ubat tersebut dan kemudian memberikannya kepada Amar. "Ahh…huh…huh…,' tercungap-cungap lalu bersandar di tepi dinding di tangga. "Kau ok?" Nafas Amar kian stabil. "Emm..ok..Aku ok. Thanks, Dania," tersenyum sambil menahan sakitnya. Dania mengambil sapu tangannya dan kemudian mengesat peluh dingin di dahi Amar. "Kau ni..menakutkan aku je. Emm..kau ni, asma ye?" "Ahh? A'aa…ya, asma. Tu laa kau. Cepat sangat turun tangga ni. Aku kelelahan." "Ehh..budak ni.," menjeling geram lalu berhenti mengesat peluh Amar. Amar menahan tangan Dania dan menariknya, mengesat kembali dahinya. "Ehh…apa kau ni??," menarik kembali tangannya. "Kau lapkan peluh aku ni, Dania. Aku rasa bahagia je bila kau buat camni," tersenyum. "Amar..kau ni sakit. Tak payah nak bergurau pulak," memberikan sapu tangannya kepada Amar. Amar menyambutnya dan tersenyum lagi. "Aku ikhlas, Dania." "Dahlah tu. Baik kau balik. Rehat cukup-cukup." "Terima kasih, Dania."
-- Tit..tit.. Sms Amar : Terima kasih, Dania. Sms Dania : Dahlah tu. Tak yah laa terima kasih. Sms Amar : Aku….aku… Sms Dania : Aku apa? Kau ni……..entah apa-apa laa.. Sms Amar : Amar sayangkan Dania. Maafkan Amar sekiranya selama ni Amarmenyakitkan hati Nia. Maafkan Amar sekiranya kata-kata Amar menyakitkan hati Nia. Tapi, Amar dah tak tahan nak simpan perasaan ni. Dah nak meletup dah…:D Sms Dania : Emm…emm… Sms Amar : Tu je ke? Emm.. Takpe. Amar faham. Bagi Nia, semua ni, sudden death kan? :D Apa-apa pun, Amar hanya nak Nia tau, Amar sayang kat Nia. Amar benar2 berharap yg Nia dpt menerima Amar, menemani Nia Nia selamanya. Kalau Nia setuju, Amar pinang Nia sekarang jugak. : ) Sms Dania : Ehh…kau ni.. Emm..Thanks krn sudi syg aku. Thanks coz let me know.Cuma, aku hrp…bagi aku masa utk fikir. Sms Amar : Nia tak suka Amar? Sms Dania : Honestly, mmg aku suka. Cuma, aku xtau sejauh mana. Hrp kau fhm. Sms Amar : Yaa…Amar fhm. Amar akan tunggu Dania…
-- "Hello Cik Dania. Suka bunga ros tu?," tanya Firdaus, menelefon Dania yang berada di tingkat empat. "Ah? Bunga? Ros? Siapa ni?" "Aik? Bos sendiri pun tak kenal?" "Err…bos? Siapa ye? Saya tak cam suara laa.." "It's me. Firdaus. Suka bunga tu?" "Ohhoo….Emm..suka. thanks. Tapi, tak payahlah susah-susah bagi bunga macam ni. Emm..lagipun, buat apa nak bagi kat saya, Encik Firdaus? Dan, tak manis kalau orang tau." "Ehh..apa pulak? I'm the boss. They don't have any right to say anything about this. Lagipun, ni small matter je." "Tapi Encik…" "Tak ada tapi-tapi. Emm..petang ni, tepat jam lima, Dania tunggu I kat pintu utama." "Petang ni? Kenapa Encik?," Dania keresahan. "Ahhh…ikut je." "Tapi…" "Tak ada tapi lagi. You must be there! That's an order!!," terus meletakkan gagang telefon. "Huhhh…apa pulak bos ni? Suka hati dia je," mencebik.
-- "Dania, this is for you," memberi Dania sejambak bunga ros, tersenyum lebar. "Encik Firdaus. Tak payahlah semua ni," Dania menolak jambangan bunga tersebut, lembut. "Kenapa dengan you ni?!," separuh menjerit. Dania terkejut. "Encik…" "Cepat, ikut saya!!," menarik tangan Dania, menuju ke keretanya. Dania meronta-ronta, meminta Firdaus melepaskan tangannya. "Encik…lepaskan saya..Encik! !!" "Abang!! Lepaskan dia..," tiba-tiba kedengaran suara Amar dari satu sudut. Dengan perlahan, Amar berjalan menuju ke arah mereka berdua. "Abang, lepaskan tangan Dania. Tak manis kalau staff tengok. Abang jangan lupa, abang Fir ni bos kat sini," sambil cuba meleraikan genggaman tangan abangnya. "Heii!! Amar!! Berani kau ye?! Kau ingat kau ni sapa? Berani kau cuba halang aku ye?!!," menarik Dania dengan kuat dan menuju ke kereta. "Encik!! Lepaskan saya..ahh..sakit! ! Please Encik Firdaus..lepaskan saya…," Dania merayu. Hampir menitis airmatanya. Terasa sakit dan malu diperlakukan sebegitu rupa. Beberapa orang pekerja memandang dengan pandangan yang menakutkan. Amar tidak sanggup melihat Dania menitiskan airmatanya lalu…"Abang!! Lepaskan Nia!!!," menumbuk abangnya. "Ahhh!!! Heiii..Amar! !!," jerit Firdaus. Terus, menghayunkan buku limanya ke perut Amar berkali-kali. Amar mengaduh kesakitan. Dia rebah. Tiba-tiba saja, lelahnya menyerang. Dia terbaring di situ sambil menyeluk poket seluarnya. "Amar!!!!," jerit Dania, seraya menarik tangannya sendiri dengan sepenuh tenaga dari genggaman Firdaus. Akhirnya, terlerai jua. Lantas, Dania meluru ke arah Amar dan mengambil ubat dari poket seluar Amar dan memberikannya kepada Amar. Amar menyemburkan ubatnya ke dalam mulut dan mula menarik nafas dalam dan menstabilkannya. "Amar….kau ok?," tanya Dania. Belum sempat Amar menjawab, "Ahhh….lepaskan saya!!," Dania meronta. Firdaus menarik tangannya dan terus menuju ke kereta. Dania kalah di tangannya. Orang sekeliling tidak berani hendak masuk campur bila ianya membabitkan Firdaus. Amar pula tidak berdaya untuk Dania. Dia masih terbaring…. "Dania!!!!!!!" "Amarr!!!!," jerit Dania dan kemudian, dia hilang dibawa kereta BMW milik Firdaus. "Dania!!!! Uhuuhhkkk…uhhukkk. . Nia…ahh…," Amar lalu pengsan. "Encik…Encik tak patut tinggalkan Amar macam tu!! Dia adik Encik!!," "Ahh!!!," tidak mempedulikan kata-kata Dania. Memandu laju merentasi jalan raya. "You senyap boleh tak??!! Buat apa I nak pedulikan dia?! He's not brother!" "Haa??!!" "Don't you understand my words? He is not biological brother!! Dia tu anak tak guna kepada bapa tiri I, si Mustafa tu!! Faham??!!" "Encik!!!! Berhenti!! Kalau tak, saya akan buka pintu ni!!" "Hahahhahahah! !! Buka laa…if you dare!!! Hahahahah!!," semakin laju memandu keretanya. Tidak dipedulikannya lampu isyarat merah. Dengan tiba-tiba, pintu kereta dibuka dan dengan terkejutnya, Firdaus melihat Dania terjun dari keretanya. "Dania!!!!," menekan brek dengan mengejut. Dania yang melompat keluar dari kereta yang dipandu dengan laju itu, berguling-guling dan tercampak ke tepi jalan. Terus, terhentak kepalanya di palang yang terpacak di situ. Dia pengsan. Kepalanya berdarah. Nafasnya turun naik. Firdaus keluar dari kereta dan melihat Dania dari jauh dengan sekilas pandang dan kemudian beredar dari situ. Ditinggalnya Dania di situ, yang bermandian dengan darah. Mujur saja orang sekeliling membantu Dania. Dia dikejarkan ke hospital berdekatan. Dimasukkan ke dalam wad kecemasan. "Amar? Kau ke tu?," Izza, akan sekerjanya bercakap dengan Amar melalui telefon bimbitnya. "A'aah… Izza ke?," tanya Amar yang baru saja pulih keadaannya selepas apa yang berlaku setengah jam yang lalu. Dia menyesal kerana tak dapat menolong Dania. Hendak mencari, tak tahu pula ke mana abangnya membawa Dania. "Ye…Emm…Amar…Dania…" "Dania??!! Kenapa dengan Dania??" bermacam-macam persoalan mula muncul di dalam kotak fikirannya. "Kenapa??" "Dia masuk ke ICU…," ujar Izza lemah. "Haa??!!! Ya ALLAH!!!! Apa dah jadi ni?? Mana dia? Kat hospital mana?" "Hospital Umum. Cepat kemari. Nanti aku ceritakan semuanya kat kau." "Baik," segera Amar menuju ke Hospital Umum dengan menaiki keretanya. Di dalam kereta, bermacam persoalan timbul. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Ya ALLAH…kepadaMU kupohon, moga tiada apa yang terjadi pada Dania. Ya ALLAH…sesungguhnya KAUlah yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG. KepadaMU aku pohon ya ALLAH…Menitis airmatanya. Sungguh, dia tak mahu apa-apa yang buruk menimpa gadis kesayangannya. Satu-satunya orang yang dirasanya dekat dengan dirinya. Di dalam hatinya, tidak putus-putus berdoa kepada yang ESA… "Dania mana? Mana dia??," tanyanya sejurus saja dia sampai di luar pintu ICU. Keresahan. Merah matanya. Izza memandangnya, sayu. Kasihan melihat keadaan Amar. "Dania kat dalam." "Doktor cakap apa?" "Jom kita duduk dulu," ajak Izza. "Macam ni.. Doktor cakap, keadaan dia stabil. Cuma….," Izza terdiam. "Cuma apa? Kau ni, cakap biar terang!!" "Janganlah jerit. Ni hospital. Kau bertenang laa sikit." "Huuhh….I'm sorry. Aku…aku tak dapat teruskan hidup ni tanpa Dania!! Kau tau tak??!!" "Ya ALLAH….kenapa laa kau cakap camtu Amar? Kau cakap seperti orang yang tak beriman." "Huuhh…Entahlah. . Fikiran aku kusut…," Amar tertunduk. Dia tahu, dia bersalah dalam berkata-kata. "Emm…Doktor cakap, Dania koma." "Haahh??!!" "Walaupun keadaannya stabil…tapi…ada ketulan darah di dalam otaknya." "Kenapa doktor tak keluarkan je??" "Huhhh…They will kalau memang boleh dikeluarkan. Masalahnya kat sini, darah beku tu tak dapat nak dikeluarkan kalau nakkan Dania selamat!! Kalau dikeluarkan sekarang ni, tipis peluang untuk hidup!! Kau faham??!!" Bergenang airmatanya. "Ya ALLAH….," tertunduk. "Nia…." "Dania akan koma untuk beberapa waktu. Tak tau bila dia akan sedar. Kalau sedar sekalipun, kita tak dapat nak predict apa yang akan jadi lepas tu," sambung Izza. "Ya ALLAH….," mengalir airmata mahal Amar. Tak dapat dibendung kesedihannya. "Izza…apa yang sebenarnya berlaku?" "Dania terjun dari kereta." "Haa??!!" "Yup…melalui dari cerita beberapa orang saksi, Dania terjun dari sebuah kereta yang dipandu laju. Tak tau kenapa dia melompat keluar. Lepas tu, dia terpelanting kat tepi jalan. Nasib baik tak ada kereta lain kat situ. Tapi, malangnya, kepala dia pula terhentak kat palang. Orang yang drive kereta tu pulak, lari." "Ya ALLAH….," terus Amar teringat dengan kejadian abangnya memaksa Dania mengikutnya setengah jam yang lalu. Kalaulah aku dapat menghalang. Semua ni takkan berlaku. Semua ni salah aku!!! Maafkan Amar, Nia….Ahhh!!!! ! Tak guna Firdaus!!! "Abang!! Anak kita!!," kedengaran suara seorang perempuan menuju ke arah Izza dan Amar. Lantas, mereka berdua menoleh ke arah suara tersebut. "Makcik, pakcik…,"sapa Izza. Kedua orang tersebut adalah orang tua Dania. "Izza…mana doktor?," soal ayah Dania. "Kat dalam pakcik…" Mereka bertiga pun berlalu untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas dan meninggalkan Amar sendirian. Ya ALLAH….kupinta dariMU ya ALLAH. Tunaikanlah permintaanku ini ya ALLAH…selamatkanlah Dania ya ALLAH… Amar berkurung di dalam surau, tak berhenti-henti berdoa. Tak berhenti-henti berzikir.
--"Firdaus!!!!" "Ciss…apa kau nak, Amar?," ujar Firdaus. "Huhhh..setelah apa kau buat, kau tak nak bertanggungjawab ya??!!" "Weii…kau cakap apa ni?," tanyanya, berlakon seolah-olah tak tau apa yang terjadi. "Aku akan report kat polis. Biar kau kena tangkap, kena dakwa dan kena hukum dengan hukuman setimpal!!" "Hahahhaha!!! Report je laa..Aku tak kisah..Hhahahaha! !! Tapi Amar, kau jangan lupa, nyawa ayah kau yang kerepot tu kat tangan aku!! Hahahahah!!!" "Apa maksud kau?!" "Ehh..kau tak tau ke? Emmm…kalau kau nak tau, segala dokumen hak milik syarikat, rumah, semuanya ada di tangan aku. Ayah kau tu sakit jantung. Dah dua kali kena attack. Kau jangan lupa tu. Sekali lagi kena attack..terus mati!! Hahahah!!!" "Ahhh…kau jangan nak berdalih.. Jangan nak bohong kat aku!!" "Huhh…tak percaya ke budak bodoh??!! Kalau tak percaya, kau tanya peguam aku. Emmm…atau..kau nak aku tunjukkan agenda aku seterusnya ke? Nak biarkan ayah kau mati??" tersenyum sinis. "Huhh…,"terus berlalu. Tak guna bertekak dengan orang macam Firdaus tu. Emm..tapi, kalau betul laa apa yang dia cakap…aku nak buat apa? Ahh….
-- Dua minggu kemudian…. "Ahh…huhh….ALLAH," kedengaran suara halus di hujung telinga Amar yang sedang tidur di tepi katil Dania. "Em…Amar??" ditolehnya sebelah kanan, kakaknya, Zaima juga sedang tidur. "Amar…" "Eh…haahh??!!! Dania!!! Daniaa!!! Doktor!! Doktor!!!," jerit Amar. Zaima yang sedang nyenyak tidur terbangun bila terdengar Amar menjerit. Tak lama kemudian, doktor dan jururawat pun sampai dan mula memeriksa Dania. Amar menunggu di luar bilik. Setelah doktor selesai, dia pun masuk semula. "Nia…sihat?" tersenyum. "Emm..emm..sihat," tersenyum. "Amar? Tak asma lagi ke?" "Sihat. Tak ada laa…," senyum. "Akak pulak? Sihat? Mana ibu dan ayah?" "Sihat Nia.. Ibu dan ayah dalam perjalanan." "Emm..Nia…," ujar Amar, lemah. "Nia, Amar, akak keluar sekejap ye. Amar, tolong jaga Nia ye," tersenyum, seolah-olah mengerti seraya keluar. "Baik kak," jawab Amar. "Emm…Nia.." "Ye Amar…Ada apa?" "Amar…Amar nak minta maaf," tertunduk. Sesungguhnya dia malu kerana tak dapat menolong Dania. "Ohh…Emm..Amar, jangan risau. Nia ok. Tak payah laa minta maaf. Bukan salah Amar pun." "Tapi, kalau Amar tak lemah, kalaulah Amar dapat melawan Firdaus, pasti semua ni takkan terjadi." "Dah sudahlah tu Amar. Semua dah pun berlalu." "Emm…ye," tersenyum. "Emm…Nia nak apa? Amar belikan ye?" "Tak payah. Amar duduk je kat sini, temankan Nia, boleh tak? Sudi ke ni?" "Ehh..mesti laa sudi. Nia tak minta pun, Amar akan tetap temankan Nia, selamanya." "Thanks Amar," tersenyum lantas melemparkan pandangannya ke luar tingkap. "My pleasure, Nia."
--Tak lama kemudian, Dania dibenarkan keluar wad. Tapi, setiap minggu, dia akan ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut. Apa yang dikatakan oleh doktor, membuat Amar sedih dan sakit hati. Mengikut kata doktor, Dania tidak punya masa lebih dari beberapa bulan. Amar terlalu sedih bila memikirkannya. Amarahnya terhadap Firdaus semakin membara. Sampai sekarang, Firdaus masih terlepas dari cengkaman undang-undang. Hanya kerana Amar sayangkan ayahnya. Ugutan Firdaus tempoh hari membuat dirinya terpaksa berdiam diri. Namun, tidak semestinya dia tak akan membuat sesuatu untuk menghukum Firdaus. Firdaus, aku berjanji, satu hari nanti, kau pasti dapat hukuman yang sepatunya. Aku berjanji aku akan menunaikannya. Aku berjanji!!!!"Amar. Kenapa ni?" sapa Haji Mustafa. "Ehh..tak ada apa-apa laa ayah. Emm..ayah sihat ke ni? Apa kata doktor semalam??" "Ok. Nothing serious. Amar tak usahlah risau. Amar macam ni, lagaknya macam mak nenek.," tersenyum. "Ehh…ayah ni.. Ada-ada je," tersenyum. Tiba-tiba, pintu bilik dibuka. "Heii..orang tua tak sedar diri!!!,"tengking Firdaus. "Firdaus!!! Cakap biar beradat!," jerit Amar. "Huhhh…kau diam, budak hingusan!! Heii..orang tua, kau ingat kau dapat halang aku kalau kau sekat segala apa yang aku buat ke?" "Emm…Firdaus. Firdaus duduk. Bawa bertenang. Ayah tak faham apa yang Firdaus cakapkan ni." "Huhhh…alasan. Kau fikir, aku tak tau ke? Kau suruh si Ramzi tu siasat pasal kewangan pemasaran. Dan kemudian, kau sekat segala projek aku. Kau ingat kau pandai sangat ke??!!" "Firdaus!! Stop it!!," Amar menghalang. Firdaus semakin mendekati Haji Mustafa dan kemudian cuba mencekiknya. Amar menghalang dan lantas, Amar menumbuk Firdaus. "Ahh!! Tak guna!!," membalas tumbukan Amar. Mereka berdua pun bertumbuk di situ juga. Leka berbalas tumbukan, Amar tidak menyedari ayahnya diserang sakit jantung. "Amar….Amar…," ucap ayahnya. "Ayah??!! Ayah!!!!," berhenti dan mendapatkan ayahnya. Firdaus hanya melihat saja. Tiba-tiba ibu tiri Amar tercegat di depan pintu. "Ibu!! Cepat tolong ayah. Call ambulans!,"pinta Amar. "Ahh??" "Apa lagi yang ibu tunggu ni? Cepat laa call." "Ibu!! Jangan ibu sekali-sekali ikut cakap budak mentah ni!!," tengking Firdaus. "Firdaus!!! Huhh….," lantas mengangkat ayahnya dan menggendong ayahnya di belakangnya. Amar cuba berjalan sepantas yang boleh dan kemudian, akhirnya, dia sampai ke dalam kereta. Terus, dia meluncur laju ke hospital. "Hahahaha!!! Rasakan!! Mampus je kau!!!," jerit Firdaus, seperti orang yang dirasuk. "Fir…,' sapa ibunya. "Ibu diam. Jangan masuk campur." Terus berlalu.
--"Doktor, macam mana ayah saya?" "Emm…Maaf, saya dah cuba sedaya-upaya, Encik.," tunduk dan berlalu. "Ya ALLAH!!!!," terus meluru masuk ke dalam wad kecemasan tersebut. Dilihatnya ayahnya terbujur kaku di atas katil. "Ayah….ayah!!! !" Amar tidak menahan dirinya. Seperti orang hilang akal, dia menjerit nama ayahnya. Airmatanya bercucuran. "Encik..Encik. .sabar Encik..," pujuk seorang jururawat. "Nurse, tolong ayah saya. Tolong saya nurse…," rayu Amar. "Maaf Encik. Terimalah hakikat Encik.." Amar terduduk. Menekup muka dengan kedua tangannya. "Ya ALLAH!! Mengapa semua ni harus berlaku?? Ya ALLAH…." Firdaus…aku takkan lepaskan kau!!!
-- Jenazah Haji Mustafa selamat dikebumikan. Amar duduk membisu di sebelah kubur ayahnya. Tangannya memegang nisan kubur ayahnya. Airmatanya mengalir. "Amar…." "Ehh…Nia..," sambil mengesat airmatanya. "Amar…dahlah tu. Bawa bersabar. Semua ni dugaanNYA." "Ye….Amar tau.. Nia jangan risau.." "Ahh….aduuuhh…," Dania tiba-tiba mengerang kesakitan. Sakit kepalanya datang lagi. Dia rebah di sisi Amar. "Nia!!!!" terus mengangkat Dania dan membawanya ke hospital. Ya ALLAH…janganlah berlaku apa-apa pada Nia."Doktor….macam mana keadaan Nia?" "Emm…Dia harus berehat. Banyakkan berehat." "Ohh..baiklah. Thanks doktor," berlalu menjenguk Dania. Duduk di sebelah katil Dania dan merenung wajah Dania yang telus itu. "Amar….," ujar Dania setelah terbangun dari pengsannya. "Amar pergilah balik." "Ah? Tak..Amar tak nak. Amar nak duduk di sini. Temankan Nia." "Balik. Pergi balik." "Tak nak laa.." "Don't you understand?? !!! I want you to go home!!,"jerit Dania dengan tiba-tiba. Kata-katanya mengejutkan Amar. "Nia? Are you ok? Kenapa ni?" mengusap pipi Dania. "Get off your hand from me! Aku nak kau balik sekarang. Tinggalkan aku sendirian kat sini. Aku menyampah tengok muka kau!!," terus mengangkat selimut sehingga menutupi mukanya. "Nia….," jatuh airmatanya. "Emm..baiklah. . Nia jaga diri tau. I call you later ye." "Don't!!!! Leave me alone!!" jerit Dania dari bawah selimut. "Ahh? Emm…ok..Amar pergi dulu…" berlalu dengan berlinangan airmata. Amar hairan. Amar resah. Apa dah jadi ni? Kenapa tiba-tiba saja Nia jadi camni? Tadi elok je. Apa salah aku? Aku ada buat salah ke? Ahh…mungkin dia tension…"Maafkan Nia, Amar..Nia terpaksa..," rintih Dania. Dia hanya bisa menangis sendirian. Setelah mendapat tahu bahawa dia hanya mempunyai kurang dua bulan untuk hidup, dia kecewa. Tidak putus-putus berdoa moga semuanya hanyalah mimpi. Amar…Nia tak bermaksud nak sakitkan hati Amar. Cuma, Nia rasa, inilah jalan terbaik buat Amar. Nia tak mahu pemergian Nia satu hari nanti akan menjadi kenangan pahit buat Amar. Maafkan Nia…
--"Firdaus!!! Tak guna!!!," menendang perut Firdaus yang sedang duduk berehat di ruang tamu. Firdaus mengaduh kesakitan, segera bangkit dan menumbuk muka Amar. Sekali lagi, adegan tumbuk-menumbuk berlaku lagi. Kali ini, Amar kalah sekali lagi. Setelah puas menumbuk dan menendang Amar, Firdaus berlalu. "Rasakan!! Hhahahaha!!"
--"Dania, kau tak telefon Amar?," tanya Izza yang melawatnya di hospital. "Emm…tak. Kenapa?" "Dia bergaduh dengan Firdaus semalam. Dia orang bertumbuk. Dan, Amar kena serang asma. Kali ni lebih teruk. Yang menyedihkan, mak dan adiknya Hanim, tak tolong dia pun. Orang gaji dia pulak, kebetulan tengah cuti. Nasib baik Fatin, adik bongsu dia ada kat rumah masa tu. Fatin laa yang tolong Amar." "Mana kau tau ni?" "Semalam aku call dia. Dengar suara dia lemah semacam. So, aku tanya laa why?" "Ooo…" "Ooo..je? Heiii..kenapa kau ni? Kau call laa dia. At least, kurang laa sikit sakit dia tu..," tersenyum sambil mendail nombor telefon bimbit Amar. Kemudian menyerahkannya kepada Dania. "Apa ni? Aku tak nak!!" "Heii…jangan laa camni. Please….for my sake?" "Ahh…ok.." Dania menunggu panggilan dijawab dengan hati yang berdebar-debar. "Ahh…hello? Amar ke tu?" "Ye…Nia? Nia ke tu?," ucap Amar dengan nada yang gembira. "A'aah…Emm..Amar sihat?" "Ye…sihat.. Nia don't worry," tersenyum. "Emmm…Nia nak minta maaf pasal ari tu. Lagi satu, Nia harap, janganlah Amar cari gaduh dengan Firdaus lagi. Tak sakit ke kena tumbuk?" "Eh…it's ok laa.. Amar tak kisah pun. Amar faham. Nia mesti tengah tension. Pasal Firdaus, nothing to worry." "Ahhh… Bagus sangat laa tu. Amar berdendam dengan Firdaus ke?" "Err….Nia tak faham. Hati Amar dah lama patah. Amar dah tak tahan nak tinggal kat situ lagi. Amar dah tak tahan nak berhadapan dengan mereka semua. Amar takkan lupa. Kerana Firdaus, Nia jadi macam ni. Kerana Firdaus, ayah Amar…." "Nia faham. Tapi, elok sangat ke bergaduh?" "Emm…Maafkan Amar." "Buat apa nak minta maaf kat Nia? Emmm.." "Nia…jangan buat camtu lagi.." "Buat apa?" "Jangan halau Amar. Amar nak sangat di sisi Nia selalu. Selamanya." "Emm…" "Nia…dengar sini. Amar sayangkan Nia.. Please, bagilah Amar peluang." "Emm…kenapa ye? Kenapa Amar baik sangat kat Nia?" "Kerana Amar terlalu sayangkan Nia." "Emm…ok. Nia nak letak telefon. Jaga diri ya..," terus dimatikan. "Nia….Huhh…kenapa dengan dia ye? Kejap ok, kejap tak. Tak fahamlah aku."
--Ya ALLAH Sekiranya aku bisa bersamanya Sekiranya aku ada di dalam hatinya Aku akan melupakan semuanya Kemarahanku dan kebencianku pada mereka Aku rela meninggalkan semuanya PadaMU aku berdoa Moga segala yang aku alami akan lari meninggalkan diriku Dan aku akan bernafas dengan tenang... "Nia…kalau laa Nia faham hati Amar…," sambil berjalan mengelilingi tasik tempat beriadah. Dia ingin menenangkan fikirannya. Dia buntu. Dia tersepit di antara kebencian, kemarahan dan cemburunya terhadap Firdaus, ibu tirinya dan kedua adiknya dengan rasa sayangnya pada Nia. "Heeiii!!! Apa ni???!! Siapa kau??!!" tiba-tiba menjerit setelah dirinya di kepung oleh beberapa orang lelaki yang tak dikenali. "Diam kau!! Apa lagi? Kita kerjakan dia!!!," kata salah seorang lelaki tersebut kepada konco-konconya. Mereka berlima pun mula menumbuk, menendang Amar. Tempat tersebut terlalu sunyi untuk dilihat oleh orang lain. Keadaan itu menyukarkan lagi situasi Amar. "ALLAH….Nia…," Dia tidak mampu untuk melawan kelima-lima lelaki tersebut. Apatah lagi asmanya mula menyerang. Dia terduduk. Terbaring. Sesak nafas. Walaupun dirayu, dirinya tetap dikerjakan. Dan….
--Dania sedang memandu seorang diri menuju ke rumahnya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. "Hello?" "Nia….," sayu. "Ye. Izza? Ada apa? Kau ok ke ni? Lain macam je suara kau." "Amar." "Amar?" "A'ahh..Amar. Dia dah…," tangisan kedengaran. "Izza!! Kenapa dengan Amar??!!" "Dia dipukul oleh sekumpulan geng. Cedera teruk. Dia sesak nafas. Dia…" "Kenapa Izza??!!" tak disedari, kereta yang dipandu semakin laju. "Amar….Amar dah jadi arwah…""Ya ALLAH!!!!….arrrgghhh h!!!!!" Berdentum bunyi kereta yang dipandu oleh Dania. Melanggar tiang eletrik. Dania dikerjakan ke hospital. Kecederaannya teruk. "Macam mana keadaan dia doktor?," tanya ayah Dania. Ibu dan kakaknya menangis, tak dapat ditahan kesedihan. "Maaf Encik. Kami dah cuba sedaya-upaya. Oleh kerana anak Encik pernah mengalami kecederaan di kepala, lagi-lagi ada darah beku…kami tak dapat berbuat apa-apa. Kecuali dia punya semangat kuat untuk hidup." "Nia!!!!!," jerit ibunya. Semasa aku masih hidup, dia sepiAku tak dapat membiarkan dia kesepian seperti iniHanya sekali saja di dalam hidupkuHanya sekali ini saja Aku berfikir untuk diri aku sendiriDan hidup untuk diri aku sendiriAku akan menerima apa saja hukuman yang datang…Maafkan Nia, Amar…Titisan airmata mengalir. Dania akhirnya tewas dalam melawan kesakitannya. Dania menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil pembedahan. Kematian yang tak dapat dielakkan. Hanya DIA yang mengetahuinya. DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA juga kita kembali…***
Aku susuri pantai putih bersih
Bersamamu aku menyusurinya ke sana
Aku gapai tanganmu selamanya
Hanya memikirkan kita akan bersama
Titisan airmataku tak henti mengalir
Terus mengalir dingin seperti tiupan angin
Mendung makin menampakkan diri
Sedikit demi sedikit keselesaan itu menjauh Musim yang bakal muncul akan tiba
Seperti ku melihat mekarnya bunga yang pertama
Semasa bersama di masa ini
Aku mahu memberimu semua milikku
Peganglah hati ini
Aku bukannya lemah
Aku mencintaimu setulus hati
Hatiku tetap begini selamanya
Sekiranya kau di sisiku
Jika sesuatu berlaku
Aku dapat merasakan aku akan tetap begini
Kini, esok hari dan selamanya
Aku berdoa
Moga kita tetap menyayangi,
aku dan kau, hingga akhir hayat
Walaupun malam akan muncul
Walaupun kau mengingati memori pahit ini
Aku akan memadamkannya
Dengan cahaya senyumanmu
Dengan mekarnya bunga yang terakhir
Jalan yang kita lalui ini
Kita tak tahu sekiranya ianya akan bertukar
Teranginya dengan cahaya yang terang
Pada demi sesiapa saja untuk aku tetap bernafas
Aku mahu melakukannya untukmu
Aku pelajari darimu, ini adalah cinta
Sekiranya kau tahu di mana tempat itu
Bintang-bintang yang meneranginya…
-TAMAT-

SAD LOVE STORY

Tree
===
The reason I'm called tree is because I'm good at painting trees. Overtime I start to use a tree on the right hand corner as a trademark for all my watercolors painting. I have dated 5 gals when I was in Pre-U. There's one gal who I love a lot but never dare go after her. She doesn't have a pretty face, doesn't have a good figure, doesn't have outstanding charm. She is just a very ordinary gal.
I like her. I really like her. Like her innocent, like her frankness. Like her cuteness, like her intelligence and her fragility. Reason for not going after her is because I felt somebody so ordinary like her is not a good match for me. I'm also afraid that after we are together all the good feelings will vanish. I'm also afraid other's gossips will hurt her. I felt that if she's my gal, she will be mine ultimately & I don't have to give up everything just for her. The last reason, made her accompany me for 3 years. She watch me chase after gals, and I have make her heart cry for 3 years.
She wants to be a good actress and I'm a very demanding director. When I kissed my 2nd girlfriend, she bumped into us. She was embarrassed but smile & say "Go on!" before running off. The next day, her eyes was swollen like a walnut. I purposely didn't want to think about what causes her to cry but laugh at her the whole day. When everybody go back home, she was alone crying in the classroom. She didn't know that I returned from soccer training to get something. I watch her cry for an hour or so.
My 4th girlfriend didn't like her. There was once when both of them quarreled. I know that based on her character she's not the type that will start off the quarrel. But I still sided with my girlfriend. I shouted at her and her eyes was filled shocked. I didn't care about her feelings and walked off with my girlfriend. The next day, she still laugh & joke with me like nothing has ever happened. I know that she's very hurt but she didn't know that my heart ache is as bad as hers.
When I broke up with my 5th girlfriend, I asked her out. After going out for a day, I told her that I have something to tell her. She told me that coincidentally, she has something to tell me too. I told her about my break up and she told me about her getting together. I know whose the guy. He has been going after her for quite a while. A very cute guy full of energy, lively and interesting. His pursuit for her has been the talk of the school.
I can't show her my heart ache but could only smile & congratulate her. When I reach home, the heart ache is so strong that I can't stand it. It's like a heavy weighted stone on my chest. I couldn't breath. Wanted to shout but can't. Tears rolled down & I broke down & cry. How many times have I seen her cry for the man that doesn't acknowledge her presence too.
During graduation, I read a sms in my hp. It was send 10 days ago when I broke down and cry. I haven't read it since then. It says "Leaf departure is because of Wind pursuit. Or because Tree didn't ask her to stay"


Leaf
===
During Pre-U days, I like to collect leaves. Why? Because I felt that for a leaf to leave the tree she has been relying on for so long it takes a lot of courage. During the 3 years of Pre-U I was on very close terms with a guy. Not BGR kind but as buddy kind. But when he had his 1st girlfriend, I learnt a feeling I never should have learnt - Jealousy. The sourness in the heart can't be describe by using a lemon. It's like 100 rotten sour lemon. Sourness to the extreme limit. They were only together for 2 mths. When they broke up, I hide my strong sense of happiness. But after a mth, he got together with another gal.
I like him & I know he like me. But why won't he pursue me? Since he love me why he doesn't want to make the first move? Whenever he had a new girlfriend, my heart would hurt. Time after time, my heart was hurt. I begin to suspect that this is a one sided love. If he don't like he, why does he treat me so well. It's beyond what you will normally do for a friend. Liking a person is very heart wrenching. I can know his likes, his habits. But his feelings towards me I can never figure out. You can't expect me a gal to ask him right?
Despite that, I still want to be by his side. Care for him, accompany him, love him. Hoping that one fine day, he will come & love me. It's like waiting for his phone call every night, wanting him to send me sms. I know that no matter how busy he is, he will make time for me. Because of this, I waited for him. The 3 years were the hardest to go through & I really want to give up. Sometimes, I wonder should I continue waiting. The pain and hurt, the dilemma accompany me for 3 years.
Till the end of my 3rd year, a 2nd year junior begins to go after me. Everyday he pursuit me relentlessly. From outright rejection to a point in time when I felt that I'm willing to let him have a small footing in my heart. He's like a warm & gentle wind, trying to blow a leaf away from the tree. In the end, I realized that I didn't want to give this wind a small footing in my heart. I know this wind will bring this badly battered leave far away & better land. Finally I left tree, but the tree only smile & didn't ask me to stay. Leaf departure is because of Wind pursuit. Or because Tree didn't ask her to stay


Wind
====
Because I like a gal called leaf. Because she's so dependent on tree so I have to be a gust wind. A wind that will blow her away. When I first met her, it was 1 mth after I transfer to the new school. I saw a petite person looking at my seniors & me playing soccer. During ECA time, she will always be sitting there. Be it alone or with her friends looking at him. When he talks with gals there's jealousy in her eyes. When he looked at her, there's a smile in her eyes. Looking at her became my habit. Just like she likes to look at him.
One day, she didn't appear. I felt something amissed. I can't explain the feeling except it's a kind of uneasiness. The senior was also not there as well. I went to their classroom, hid outside and saw my senior scolding her. Tears were in her eyes while he left. The next day, I saw her at her usual place, looking at him. I walked over and smiled to her. Took out a note & gave to her. She was surprised. She looked at me, smiled & accept the note. The next day, she appeared & pass me a note and left.
Leaf's heart is too heavy and wind couldn't blow her away
It's not that leaf heart is too heavy. It because leaf never want to leave tree
I replied her note with this statement and slowly she started to talk to me & accept my presents & phone calls. I know that the person she loves is not me. But I have this perseverance that one day I will make her like me. Within 4 mths, I have declared my love for her no less than 20 times. Every time, she will divert away from the topic. But I never give up. If I decide I want her to be mine, I will definitely use all means to win her over. I can't remember how many times I have declared my love to her. Although I know she will try to divert but I still bear a small ray of hope. Hoping that she will agree to me my girlfriend. I didn't hear any reply from her over the phone. I asked "what are you doing? How come you didn't want to reply?" She said, "I'm nodding my head". "Ah?" I couldn't believe my ears. "I'm nodding my head" She replied loudly. I hang up the phone, quickly changed and took a taxi and rush to her place & press her door bell. During the moment when she opens the door. I hugged her tightly. Leaf departure is because of Wind pursuit. Or because Tree didn't ask her to stay.

UTK MU YG TERISTMEWA....

dsini ingnku ungkpkn sbuah puisi utkmu yg ku cnta..
dsaat ini juga ingn ku ungkpkn kata rndu yg x pnh ku ungkpkn kpd ssiapa..
trasa hatiku amt tsiksa menanggung rndu yg amat mmbara..
knpa dsaat ini kau jauh dmata?..
trasa kain yg cntik dn halus sulamannya bkn dcptakn utkku wlupn aku amt mnykainya..
ingn juga ku mminta scubit smgt dri kwn ku...
sgngm rndu dan sgnung ksih drimu...
agarku ku bisa trus bdiri drpd sbtg pohon yg tiada guna kpd sbtg pohon yg bbnga..
kasih..
ingnku sntiasa bsama mu memtrai sbuah pjnjian dbwh sbtg pyung kasihmu..
wlupn saat bsama..
aku redha...
ingnku tnm cntaku dhatymu..
wlupn ku thu bnyk dugaan yg akn mnmpa..
ingnku btnya kpdmu..
adkh drimu sudi mnyulam sutra kasih bsamaku..
dsaat aku mcari cnta d sbuah plabuhan kasih..
eth mgapa dtg bsikan rndu yg mnyatakn..
kaulah arjuna haty ku yg bkl menerangi lilin yg khbisan apinya...
tp..adakah aku yg kau cari?..
yg mjdi pnghuni mmpimu?..
yg mhantui drimu?..
adakah aku yg mjdi pnawar d kala kau ksdihan...........

wELc0ME

Hye..clamat dtg ke blog aku...welcome2..act aku nih pmls nk wat blog nih...tp atas cbb ttntu tercpte la blog nih..ekeke...

ok2..frst ckali msti kowg dh knl aku kn..coz aku dh knlkn..hehe...aku lahir pd 1 hb 2...jgn lupe kasi hadiah au...hik3...plg murah pn kete chemry ke...my fvrt food is blueberry cheese cake with almond..pehhh..cdap weh...slaen drik 2..aku cuke gak mam lolypop...tmbh2 lilypop cherry..ade class g2..hahahha

aku nih ank tunggl...alone g2..cunyi woo00...x best lngsung..tp ape nk wat...sabo je la...tp kkdg best gak ank tnggl nih...tah knpe..aku dh tbiase idop sowg2...hik3...nsb baek ade insan2 yg aku tayunk bnget....

kowg nk thu x cape???msti la mama papa aku..wlu pn........hahahaha....(scrt)tnpe diorg x de la aku kt dunie nih...cian kowg x pat knl dak biol cm aku nih..hahaha

k2 aku nk knl kn kt kowg kkwn aku kt chatter...diorg mmg best..1 kpla ngan aku...cme aku baek ckit...hahahha....mngkn pawsan lak aku nih..x pe2..ape pn let us zoom..

frst ckaly mama gue..snior_gurl..hehe..dak nih mmg mereng...cm aku gak..tp aku waras ckit..ckit je la..x de la..die mamaku yg baek..hehe..clalu dgo prob aku..tp die nih extrim lbay...cmpi jd sperman...iksh2...jgn tewjon bmbung lg erk mamaku...cian kne crik mama bru nnti..hahaha..

scnd nih dak bname squall..atuk aku la 2...aku suke sekeh dak nih coz die clalu kate love is cursed...cian aku kn...iksh2..x pe la..lg pn die kn atuk aku...chuchu kne la dgo ckp atuk..tul x...yg bestnyer..die clalu nyanyi kt aku..(atas sbb terpakse)..lagu nubhan 2..jgn maen2..suarenyer...pehhhh..ribut satu kedah beb..hik3...jgn mrh..atuk aku nih baek..clalu tulun aku..tmbh2 mase aku kebingungan...thnkz yer squall..syg atuk aku nih...hik3

thrd zephy atau nme cbnrnyer ahmad faiz...die nih cm ne yer nk ckp..baek..caring..hehe..lbay2 lak aku nih..dak nih suke wat aku kliru..iksh2...x cian aku ker zep?huhuhu..x pe2..die mude sthun drik aku..bnyk mslh aku die thu..yg x ley lupe...spcl lolypop from u..hahaha...thnkz 4 the 2 day k..tayunk kamo...

forth lak dak bname apple..(name sbnrnyer .......rahsie la beb)...hik3...dak nih mkwe fiq...hahaha...x de la...jgn mrh beb...apple nih lame gak aku knl die...bnyk die tulun aku...tp cuke bngt carik pkwe tuk aku...cian aku kn??iksh2...poyo je ko...x mo aku...hahaha..ko crik tuk drik ko cndrik je la...but u are a great fwen....miss ya

strusnyer seorg dak yg bname farhan..aku suke pnggil die kuali..hehe..cbb ape??ak pn x thu..lame dh ak knl dak nih...sjak ak knl danish dlu..die seorg kwn yg stie..x pnh khianati aku..cme ayatnyer..pehhh...skit hati aku...hahaha...die dak yg baek..slalu tlg ak..tp slalu je gado ngn aku..huhu..rndu ko kuali..huhu..ko windu ak x??hik3..pe pn ko ttp kwn ku yg tersyg...love u....hahahha

aduhhh...act manyk lg...tp mls lak nk tulis..hehe...ape pn i love u all my fwennnn...tnpe kowg spe la aku nih...sob3...thnkz yer coz kowg cmue sudi jd kwn aku...tharu beb...sob3